
Apakah Rangkaian?
Sekumpulan komputer dan peranti-peranti yang disambung bersama untuk membolehkan perkongsian sumber berlaku.
Perkongsian adalah berbentuk data, maklumat, perkakasan dan perisian.
Banyak digunakan dalam urusan perniagaan, pengiklanan, pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan, perakaunan, pentadbiran dan sebagainya.
Setiap rangkaian mengandungi:
Sekurang-kurangnya dua komputer ‘Server’ atau ‘Client Workstation’.
Kad Rangkaian (Network Interface Card-NIC).
Medium Sambungan – Kabel atau ‘Wireless’ bagi menghubungkan komputer atau perkakasan.
Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) – Microsoft Windows NT, Windows 2000, Novell NetWare, Unix, Linux dan sebagainya.

Kebaikan:
1. Memudahkan Komunikasi
a. Boleh berkomunikasi dengan mudah, cepat dan selesa.
Contoh : Email, Chatrooms, Sistem telefoni, persidangan video, Portal dan
sebagainya.
b. Pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk menghantar dan menerima maklumat.
2. Perkongsian Perkakasan (Hardware)
a. Fungsi peralatan boleh dikongsi secara bersama. Contoh; Pencetak,
Pengimbas, Fotostate dan sebagainya.
b. Peralatan yang dikongsi dapat menjimatkan kos, masa dan ruang.
3. Perkongsian Maklumat
Data dan maklumat boleh dikongsi bersama diantara pengguna. Contoh; data dari komputer yang berada di bahagian berlainan boleh berkongsi data dengan komputer dari bahagian lain yang dihubungkan dengan rangkaian.
Lain-lain bentuk perkongsian adalah seperti telefon bimbit, mesin ATM, Internet, Kiosk dan sebagainya.
Kebolehan capaian dan menyimpan data pada storan adalah amat penting bagi keperluan rangkaian.
4. Perkongsian Perisian
a. Boleh berkongsi perisian yang disimpan dalam lain-lain komputer.
b. Ruang simpanan bagi perisian dapat dijimatkan dan penggunaan perisian dapat
digunakan secara maksimum.
c. Dapat menjimatkan kos belian perisian.

LAN (Local Area Network)
LAN merupakan kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti sebuah makmal, sesebuah sekolah atau bangunan.
Dalam konfigurasi tipikal LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan (file server) yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal sistem rangkaian tersebut.
Semua komputer yang disambungkan kepada fail server ini dikenali sebagai stesen kerja (workstation).
Kabel digunakan untuk menghubungkan LAN melalui Kad Rangkaian yang dipasang pada setiap komputer.

MAN (Metropolitan Area Network)
MAN meliputi kawasan geografi yang lebih luas seperti sebuah daerah atau bandar. MAN menyambungkan beberapa Rangkaian Kawasan Setempat dalam sesuatu tempat untuk membolehkan perkongsian maklumat dilaksanakan.
Universiti tempatan dan agensi-agensi kerajaan menggunakan MAN untuk berhubung dengan dengan masyarakat lain dan "private industries".

WAN (Wide Area Network)
WAN meliputi kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan dunia. Untuk mewujudkan WAN memerlukan sistem pengkabelan yang merentasi laut atau dengan penggunaan gelombang mikro atau satelit.
Penggunaan WAN membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat.
Konfigurasi dalam WAN adalah kompleks dan memerlukan perkakasan pemultipleksan (multiplexer) untuk menghubungkan LAN dan MAN bagi tujuan capaian ke Rangkaian komunikasi.


Merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).
Berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.
Tiap komputer mempunyai nombor IP iaitu sinonim bagi alamat internet yang berbeza antara satu sama lain. Alamat IP merupakan nombor yang merujuk kepada sesebuah komputer. Ia terdiri dari 4 angka yang dipisahkan oleh titik (dot). Contohnya ialah 202.75.5.18 bagi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Selain dari alamat IP, komputer juga boleh dikenali melalui "Domain Name System (DNS). Contoh "DNS entry" ialah "psz.utm.my" atau "lib.usm.my".
Antara nama Domain;
.com - Syarikat komersial
.edu - Institusi Pendidikan
.net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internet NICs (Network Information Centers)
.org - Organisasi yang kebanyakkannya tidak ber-asaskan keuntungan
.mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
.gov - Organisasi Kerajaan
.uk - United Kingdom
.de - germany